Sunday, April 18, 2010

i need you

eida and yaya - dua orang yang memang selalu ada untuk aku. tapi kadang aku rasa aku saja nak susahkan korang dengar cerita aku. aku sayang gila korang. muahhh muahhh ! tapi semalam aku perlu someone yang aku anggap lebih dari kawan. i need azfar tapi dia semalam takda untuk aku. aku sedih. time aku perlu kan dia, dia takda. sedih tak? yela bukan aku tak nak faham, aku tau dia kat kuantan. tapi tak kan nak contact aku tak boleh. yeeee aku tau dia takda crdt tapi tak kan tak boleh topup? dia pergi kuantan hari khamis petang dalam pukul 4.30. aku tunggu dia sampai pukul 2 pagi, tunggu dia text aku. tapi pukul 3 mcm tu baru dia text. okay lama gila kan dari melaka nak pergi kuantan. berapa jam ek dari 4.30 sampai pukul 3 tu? esoknya dia text aku lepas dia sembahyang jumaat. lepas tu aku cakap aku nak keluar, dia pun nak keluar jugak. aku dah balik pukul 7 taapi dia tak balik-balik lagi. okay aku faham dia nak lepak dengan membe dia. then aku tunggu dia text aku. tak text. so aku tidur. esok nya hari sabtu aku on fb, dia cakap takda crdt. okay aku faham lagi. tapi aku still tunggu dia text tapi habuk pun takda. aku sedih malamm tu, aku call. dia tengah lepak kat luar dengan membe dia. okay aku faham lagi. tapi yang aku ak faham, kenapa dia tak boleh nak topup. topup 3 ringgit pun tak boleh ke? aku dah malas nak faham lepas ni.

aku nak merajuk.

lepas aku call azfar, aku call kawan baik dari sekolah rendah lagi. fadly. dia ni memang penyanyi hebat sekolah. suara dia sedap. suka nyanyi lagu untuk aku. aku suka dia. dia best. semalam dia main piano lagu apologize one republic. dia cakap dia baru belajar. tapi sumpah sedap gila. rasa macam bukan dia yang main. then dia nyanyi lagu two is better than one taylor swift boys like girls. aku cakap aku tak suka lagu tu. dia tanya kenapa aku jawab ada kenangan tak best. then dia cakap dia akan buat tu jadi kenangan yang best. tadi aku dengar lagu tu kat radio, aku teringat kat dia. aku dah suka balik lagu tu hihi. thanks fadly !

eida ! aku cakap kat dia kita nak pergi concert Tokio Hotel. rumah dia dekat PJ. so dia boleh tolong kita ! yeayyyyyyyyyyyyyy. dia baik gila dengan aku walaupun aku selalu sangat sakitkan hati dia gila-gila tanpa sengaja. nanti aku cerita lagi heh eida heh. aku pening. bye

XOXO

No comments:

Post a Comment